Ramai tersentuh Shuib nyanyi lagu Kesetiaan dendangan arwah isteri

Netizen melahirkan perasaan sebak dan terharu apabila mendengar nyanyian pelawak Shuib Sepahtu yang mengalunkan lagu popular arwah isterinya, Siti Sarah berjudul Kesetiaan.

Menerusi video yang dimuat naik seorang pelayar TikTok, Its Me Myjaaaaa, Shuib berkata itu merupakan kali pertama dia menyanyikan lagu berkenaan buat tatapan umum.

“Rasanya seumur hidup first time nyanyi lagu ni… tak pernah nyanyi lagu ni,” katanya.

https://www.tiktok.com/@itsmemyjaaaa/video/7067860433276816666

Minggu lalu, lagu Kesetiaan kembali menjadi tular selepas peserta Big Stage 2022 (BS22), Aisha Retno diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu tersebut pada minggu program realiti itu berlangsung.

Juri tetap BS22, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai turut sebak saat menonton persembahan Aisha.

Siti Sarah, 37, meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid-19. Arwah meninggalkan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zakira, Ariq Matin dan Ayash Affan hasil perkongsian hidup dengan Shuib.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker