Rusia isytihar perang ke atas Ukraine

Letupan kedengaran oleh penduduk dekat bandar raya Mariupol berhampiran sempadan Rusia pada awal pagi Khamis. – Foto Agensi

Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Khamis mengarahkan tenteranya melakukan satu operasi ketenteraan di Ukraine.

Menurut agensi berita AP, tujuan operasi itu diadakan adalah untuk melindungi orang awam.

Beliau yang berucap menerusi televisyen Rusia menyatakan operasi tersebut dilancarkan berikutan ancaman daripada Ukraine.



Namun, Putin menyatakan ia tidak berhasrat untuk menjajah Ukraine.

Presiden Rusia itu berkata, tanggungjawab pertumpahan darah kini terletak kepada rejim pemerintahan Ukraine.

Beliau juga memberi amaran bahawa negara-negara lain yang campur tangan dalam krisis tersebut akan menerima padah.

Dalam pada itu, satu letupan kedengaran dekat bandar raya Mariupol, Ukraine berdekatan dengan sempadan Rusia pada awal pagi Khamis.



Letupan itu berlaku beberapa jam selepas Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada kerajaan Ukraine bahawa tentera Rusia bersedia untuk pergi berperang dengan melakukan pencerobohan ke atas negara tersebut.

Sinar Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker