Tangkap Zeti dan suami, semua akan terbongkar

 

Seluruh Malaysia berada dalam kejutan apabila didedahkan penglibatan suami Zeti Akhtar Aziz dalam senario konspirasi 1MDB.

Lebih memeranjatkan pendedahan berkaitan ugutan seorang yang boleh dilabelkan berada di ambang kuasa media terhadap individu dalam kes 1MDB.

ADAKAH INI BUKTI YANG ‘TERHALANG’ SELAMA INI?

Adakah ini bukti yang selama ini dihalang daripada di bawa masuk ke Malaysia? Jika ini sebahagian daripada bukti kes 1MDB yang pernah dihalang daripada di bawa masuk, sepatutnya SPRM bertindak lebih cepat. 

Individu yang perlu ditahan segera ialah Zeti Akhtar Aziz dan suami. Kedua ialah bekas Peguam Negara, Tommy Thomas yang turut mendedahkan penglibatan Tawfiq Ayman dalam kes 1MDB.



Ketiga ialah Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri kerana beliau sering mendakwa mempunyai ‘bukti’ penglibatan Najib serta mendakwa Najib adalah penyamun, pencuri dan sebagainya dalam kes 1MDB.

Penahanan mereka akan membawa kepada lebih banyak maklumat sebenar yang diperlukan bagi menyelesaikan kes 1MDB. Apa yang perlu dibuat ialah langkah pertama untuk menahan individu terbabit. 

Ibarat kesan domino, penahanan seorang individu akan membuat yang lain menggelabah sama dan sudah pasti tidak banyak masa diperlukan bagi mendapat kebenaran sebenar.

PAKATAN HARAPAN LANTIK INDIVIDU ADA KEPENTINGAN POLITIK JADI KP SPRM

Mungkin ketika zaman Pakatan Harapan memerintah, ada ‘perintah agung’ bagi mengekang segala bukti dari di bawa masuk bagi kes Najib. Siapa tahu kewujudan ‘tangan ghaib’ tersebut? Jika tidak mana mungkin seorang yang terlibat secara langsung dan mempunyai kepentingan politik dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM secara ‘adhoc’.



Teka-teki yang berpanjangan masih jauh dari diselesaikan namun gambaran konspirasi serta konspirator yang terlibat secara langsung dan tidak semakin kelihatan.

Ini antara sebab mengapa serangan terhadap Najib diberikan tumpuan sehingga menenggelamkan isu lain dalam PRN Johor.

Bagi konspirator, apa sahaja perlu dilakukan dalam tempoh berkempen PRN Johor bagi mengelakkan kebenaran kes 1MDB daripada diketahui rakyat. 

Ini bagi mengelakkan kerugian besar sebahagian ‘penaja-penaja’ politik yang selama ini turut bersama membantu untuk menumbangkan BN pada PRU14.

Sekiranya penglibatan mereka turut terbongkar, maka kemungkinan untuk tidak lagi beroleh projek dari kerajaan amat besar dan ini akan merugikan sebahagian ‘pelaburan’ yang telah dibuat mereka.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker