Penamaan calon: Dun Layang-Layang dijangka sengit, Maszlee hadir ditemani isteri


Calon Dun N.27 Layang-Layang, Dr Maszlee Malik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba jam 8.30 pagi di Majlis Daerah Simpang Renggam, Johor, hari ini sempena penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung pada 12 Mac ini.

Kehadiran Maszlee turut ditemani isteri, Dr Hamidah Mat.



Calon Barisan Nasional, Haji Mutalib Haji Rahim.

Bekas Menteri Pendidikan itu bakal dicabar tiga calon lain iaitu Haji Mutalib Haji Rahim dari Barisan Nasional, Ahmad Syafiq Othaman (Pejuang) dan Alagathiran A/L Krishnan (PN).

Ahmad Syafiq tiba pada jam 8.50 pagi manakala Alagathiran pada 9.00 pagi dan Haji Mutalib pada jam 9.05 pagi. – my-tv.online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button