Syed Saddiq bacul, tidak berani bertanding PRN Johor
Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuktikan beliau seorang yang bacul apabila tidak bertanding di PRN Johor.
Sekadar menghantar 7 calon MUDA, dijangkakan semua calon parti itu akan kalah teruk berdepan cabaran pihak lawan.
Saddiq yang kononnya mahu membawa perubahan dalam landskap politik Johor ternyata hanya omong kosong dan kuat beretorik.
Apa perubahan yang MUDA boleh bawakan dengan 7 calon yang belum tentu menang?
Dengan pelbagai kontroversi terpalit kerana kesilapan Saddiq, MUDA sebenarnya hanya berminat menjadikan PRN Johor sebagai eksperimen penerimaan pengundi Johor.
Konflik juga timbul apabila PKR tidak berpuashati dengan MUDA yang dikatakan telah mengambil peluang PKR untuk menang di kawasan tertentu.
Begitu juga soal dana pilihanraya yang diperolehi MUDA. Sehingga hari ini, Saddiq masih belum berani mengumumkan jumlah dana yang terkumpul melalui ‘crowd funding’ yang dibuat MUDA.
MUDA juga dikatakan ‘Anak Emas’ kepada DAP yang mahu mencari pengaruh dikalangan pengundi muda Melayu.
Melihat perjalanan MUDA dalam PRN Johor, sudah pasti parti itu tidak akan dapat bertahan jauh dalam arus perdana politik Malaysia.