Peneroka Felda diminta terus beri mandat pada BN

Nasaruddin menyeru Peneroka felda memberi mandat pada BN.

Kota Tinggi: Pengundi di semua 42 gugusan Felda di Johor diingatkan supaya memilih Barisan Nasional (BN), pada Pilihanraya Negeri (PRN) Johor, kali ini.

Pengerusi Pertubuhan Kami Anak Felda Malaysia Wilayah Johor Bahru, Nasarudin Ahmad berkata, ini berikutan, pendapatan bulanan peneroka Felda ketika ini melonjak sehingga RM6000 hingga RM7000 sebulan hasil harga sawit sekitar RM1300 per tan hingga RM1600 per tan sebulan.

“Jika semasa Pakatan Harapan memerintah, harga sawit merudum hingga RM300 per tan, manakala pada ketika ini, harga sawit melonjak begitu tinggi.



“Ini membantu peneroka Felda dan keluarga mereka hidup dengan lebih selesa ketika ini,” katanya ditemui di sini, hari ini.

Nasarudin berkata, selain itu, anak peneroka turut diiktiraf oleh BN dlm PRN Johor kali ini apabila mencalonkan lima anak peneroka dalam pilihanraya itu.

“Ini menunjukkan anak peneroka ketika ini adalah sebaris dengan mereka di luar sana.

“Sudah tentu ia menjadi kebanggaan kepada semua peneroka Felda,” katanya.



Mereka terdiri daripada Anuar Abd Manap (Pemanis), Abd Mutalip Abd Rahim (Layang-layang), Muszaide Makmor (Sedili), Norliza Mohd (Johor Lama) dan Fauziah Misri (Penawar).

Beliau berkata, pelbagai projek pembangunan dijalankan oleh BN terutama membabitkan projek perumahan bagi generasi kedua peneroka.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker