Diberkas kurang 9 jam lepas menyamun

Alor Setar: Lelaki diberkas kurang sembilan jam selepas melakukan samun bersenjatakan pisau terhadap pekerja di sebuah stesen minyak di daerah ini, semalam.

Suspek berusia 32 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh pasukan operasi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira 3.30 petang di kawasan Langgar, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, sebelum itu, mangsa didatangi suspek bersenjata pisau pada 6.53 pagi sebelum melarikan wang tunai kira-kira RM1,000.

Beliau berkata, sebaik menerima laporan, pasukan operasi digerakkan sebelum suspek berjaya dikesan dan diberkas.

“Berikutan itu, polis merampas sebuah motosikal serta senjata pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian berkenaan.

“Hasil semakan mendapati, suspek mempunyai tiga rekod berkaitan jenayah dan dadah.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker