Syed Saddiq sayang DAP lebih dari MUDA
Presiden Ikatan Demokratik Malaysia-MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi isyarat jelas beliau lebih menyayangi DAP dari MUDA sendiri.
Saddiq tampil sebagai pencadang kepada Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong semasa penamaan calon semalam.
Kehadiran Saddiq menarik perhatian kerana MUDA bertanding di 7 kerusi namun beliau langsung tidak mengiringi mana-mana calon MUDA.
Ramai tertanya mengapa Saddiq tidak mengutamakan calon MUDA sebaliknya memilih mengiringi calon DAP.
MUDA yang bertanding di 7 Dun terdiri daripada Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa, Larkin dan Bukit Permai.
Adakah ada benar DAP sebenarnya menjadi sebahagian penaja dana pilihanraya MUDA sehingga Saddiq sanggup membiarkan calon MUDA hadir ke proses penamaan calon tanpa Presiden MUDA?
Syed Saddiq sendiri mengambil keputusan tidak bertanding di PRN Johor dan hanya meletakkan 7 calon sahaja daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.
Ramai melihat laungan Saddiq yang mendakwa MUDA akan membawa perubahan ke Johor sekadar retorik politik bagi menutup kelemahan dirinya.
Apa guna calon MUDA bertanding jika hanya untuk hilang deposit dan menjadi ‘tikus makmal’ politik Syed Saddiq serta penaja MUDA?
Syed sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila tersasul menyebut nama seorang individu sebagai penaja ‘fund raising’ MUDA.
Beliau juga membuat kesilapan apabila memperkenalkan salah seorang calon MUDA sebagai antara tulang belakang rancangan animasi.
Dalam pada itu kontroversi sudah mula melanda MUDA apabila dikatakan ramai ahli mula menarik diri dari MUDA kerana kecewa dengan Syed Saddiq.
Apa penjelasan Syed Saddiq dalam hal berkaitan ini?
Muhyiddin mula serang Ismail isu i-Citra