Zahid dedah pernah diugut untuk lompat masuk parti Bersatu

Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan dia pernah diugut untuk lompat parti Bersatu.

Namun, beliau dengan sekeras-kerasnya menolak perkara tersebut di atas kesetiaan dan kecintaan terhadap UMNO.

“Saya telah diugut supaya saya jump macam katak masuk Bersatu.



“Saya kata no way saya (akan) jump masuk Bersatu.

“Dia minta saya bubarkan UMNO, saya kata tidak akan bubarkan UMNO kerana UMNO adalah darah daging orang melayu.

“Kalau saya bubarkan umno harini kalau ditakdirkan saya mati esok, kubur saya akan banjir, banjir sebab apa.. sebab 3.8 juta ahli-ahli UMNO akan buang air kecil di atas kubur saya.

“Demi UMNO saya tidak akur dengan permintaan itu, saya pertahankan UMNO untuk terus bangkit.



“Harga yang saya terpaksa bayar (sebab tolak penawaran masuk Bersatu) lepas 10 hari saya dituduh, bukan satu, bukan dua, bukan 40 tapi 87 pertuduhan.

Biarlah 870 pertuduhan pun… demi UMNO, demi orang melayu, saya sanggup pergi ke mahkamah!” katanya.

Zahid berkata demikian ketika ditemui pada majlis ramah mesra calon penyandang Barisan Nasional DUN Parit Raja, YB Nor Rashidah Ramli di Parit Raja, Johor hari ini. – My-TV Online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button