Banjir Kelantan makin buruk, mangsa cecah 8,464 orang

KOTA BHARU – Banjir di Kelantan bertambah buruk apabila seramai 8,464 mangsa dari tujuh jajahan di negeri ini telah ditempatkan di pusat pemindahan banjir sementara (PPS) setakat jam 8.30 pagi pada Isnin.

Menurut laman web InfoBencanaJKM, jajahan Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa paling tinggi dipindahkan iaitu melibatkan seramai 4,505 orang.

Kuala Krai menjadi jumlah kedua tertinggi yang menempatkan mangsa banjir seramai 2009 orang, Tanah Merah (747), Jeli (531) Pasir Puteh (352), Machang (270) dan Kota Bharu (30).

Sementara itu, bacaan paras air Sungai Kelantan menerusi ebanjir.kelantan.gov.my menunjukkan trend menurun, bagaimanapun masih melepasi paras amaran.



Sungai yang masih berada di paras amaran ialah Sungai Kelantan di Jambatan Guillermad (Tanah Merah), Sungai Golok di Jenob (Tanah Merah) dan Sungai Golok (Rantau Panjang).

Situasi cuaca ketika ini masih lagi hujan dan belum menampakkan sebarang tanda-tanda untuk pulih seperti biasa.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan seramai 7,253 mangsa telah dicatatkan pada jam 7.21 petang.

Ia melibatkan 2,368 keluarga yang ditempatkan di 64 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri.



Sinar Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker