Otai Cina penyokong tegar BN

Pengerang: “Kita sekarang tak ada pilihan lain lagi…kita kena sokong BN.

“Lu jangan sokong itu, jangan sokong ini,” kata veteran MCA, Hai Kiong Niang, 98.

Itu pesanannya terhadap pengundi muda yang kali ini diberi peluang mengundi buat pertama kali pada Pilihanraya Negeri (PRN) Johor.

Katanya, Barisan Nasional (BN) ketika ini bukan seperti dulu yang memonopoli kuasa pemerintahan di negara ini.

“Sekarang BN bukan macam dulu, kena kerja betul-betul, kena kerjasama,” katanya ketika ditemui di Sungai Rengit, di sini, hari ini.

Beliau yang menjadi ahli MCA sejak lebih 60 tahun lalu berkata, beliau pernah dipelawa pemimpin DAP untuk menyertai parti itu tetapi beliau menolaknya.

Mengenai calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin, pada pilihanraya negeri ini, Hai berkata, dia menyokong Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang itu.

“Kita sokong orang muda. Tapi kalau mau menang, kena kerja kuat dan panggil semua … UMNO, MCA dan MIC bekerjasama.

“Kena turun padang dan kena tolong orang,” katanya.

Leave a Reply