Rashidah Ismail terkilan tak dapat teruskan makanan percuma untuk pelajar sekolah

Rashidah Ismail akan teruskan program makanan percuma untuk SPM dan STPM.
Foto: Bob

Kota Tinggi: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja, Rashidah Ismail, terkilan apabila tidak boleh meneruskan Program Makanan Percuma Untuk Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran (STPM), tahun ini.

“Sebenarnya saya rasa terkilan sangat sebab Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dah bubar.



“Jadi, saya tak dapat bantu mereka untuk program makanan percuma bagi calon SPM dan STPM ini.

“Banyak pihak sekolah yang datang bertemu saya supaya meneruskan program ini tetapi saya maklumkan tidak boleh nanti jadi isu berbangkit,” katanya ketika ditemui di sini.
Peperiksaan SPM dan STPM akan dilaksanakan bermula 2 Mac ini.

Rashidah berkata, program itu yang dijalankan sejak beliau memenangi kerusi DUN Pasir Raja pada Pilihanraya Umum ke-14 2018 banyak memberi manfaat kepada pelajar terbabit.

“Dalam masa tiga tahun lebih ini, saya telah memberi sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk program ini.



“Jadi, mereka tak payah balik ke rumah untuk makan tengahari.

“Kita bimbang bila anak-anak ini balik ke rumah, berlaku sesuatu yang tak elok,” katanya.

Bagaimanapun,beliau berkata, inisiatif itu akan diteruskan sekiranya memenangi kerusi DUN Pasir Raja itu.

Pada Pilihanraya Negeri Johor kali ini, Rashidah akan ditentang tiga calon lain iaitu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Perikatan Nasional (PN) dan Pejuang.



Pada PRU ke-14, Rashidah memenangi saingan penjuru menewaskan calon PKR dan Pas dengan majoriti 1847.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button