Najib Lep sokong tindakan Hasni bubar DUN Johor

Calon bebas Dun Bukit Pasir, Kapten (B) Najib Lep menyokong tindakan Dato Seri Hasni membubarkan DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN Johor.

Beliau menyatakan demikian dan menjelaskan mengapa perlunya Dewan Undangan Negeri dibubarkan tanpa prejudis.

“setelah kematian Datuk Osman Sapian, ia menjadikan 28-27 dan dalam masa sama Speaker datang dari Pakatan Harapan,

“jadi ketidakstabilan dewan negeri Johor ia menggugat kelancaran pentadbiran MB Johor, jadi wajarlah kita memulangkan mandat kepada rakyat”



Najib juga menyatakan pelabur yang tidak berani melabur di Johor kerana politik yang tidak stabil telah menyebabkan Johor ketinggalan dari sudut pelaburan dari pelabur luar.

Beliau menyeru semua kaum lebih bijak memilih sebuah kerajaan negeri yang stabil tanpa takut dengan ugutan pihak lain pada hari pengundian pada 12 haribulan depan.

200,000 rakyat Johor di Singapura layak mengundi secara pos

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker