Najib Lep tidak mahu bertanding

Calon bebas Dun Bukit Pasir, Kapten (B) Najib Lep mengakui beliau sebenarnya tidak mahu bertanding dalam PRN Johor. 

Beliau menyatakan beliau sebenarnya diarahkan bertanding dikawasan lain oleh PAS namun beliau memilih untuk tidak bertanding langsung.

Najib Lep turut mengaku beliau tidak selesa apabila diarahkan bertukar kawasan bertanding. Beliau mempersoalkan kajian yang dilakukan oleh parti memandangkan beliau tidak menerima langsung laporan tersebut.

Tetapi atas desakan komuniti serta kajian yang beliau sendiri lakukan menunjukkan beliau boleh mempertahankan kerusi Bukit Pasir.



Beliau juga memberitahu sehingga semalam, beliau masih belum menerima sebarang surat daripada PAS Pusat atau PAS Negeri berkaitan pemecatannya sebagai ahli PAS kerana bertanding menggunakan tiket bebas.

Apabila ditanya adakah arahan pertukaran kawasan hanya untuk menamatkan karier politiknya, Najib enggan mengulas lanjut dan hanya menyerahkan kepada semua pihak menafsirkan arahan tersebut.

Otai Cina penyokong tegar BN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker