Anwar tak tahu sasaran kerusi boleh dimenangi Pakatan Harapan

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada ceramah kempen bagi membantu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN Johor Lama, Omar Mokhtar A Manap, di Kota Tinggi. Foto: Bob

Kota Tinggi: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, belum mempunyai idea bilangan kerusi yang mampu dimenangi dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Johor, kali ini.

“Mana saya tau. Belum lagi. Kepakaran saya adalah tolong kempen,” katanya ketika ditemui menyampaikan ceramah kempen di sebuah kedai makan, di sini bagi membantu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama, Omar Mokhtar A Manap.

Beliau ditanya mengenai peratusan jumlah bilangan kerusi yang mampu dimenangi PH pada PRN Johor, kali ini.

Sebelum itu, dalam ceramahnya, Anwar mendakwa UMNO dan Barisan Nasional (BN) semakin sombong selepas kemenangan besar pada PRN Melaka, baru-baru ini.

“UMNO sekarang banyak sombong. UMNO tengah naik semangat sebab menang sebelum ini di Melaka. Sekarang mahu tunjuk lagi kuat di Johor,” katanya.

Beliau juga mendakwa, UMNO dan BN hanya memberi fokus untuk mengukuhkan kuasa di negara ini.

“Saya mau tanya, dia kuat untuk apa? Kalau mau tolong sama orang miskin, saya ketua pembangkang, saya sokong.

“Kalau mau tolong naikkan gaji itu orang bawah atau ‘front liners’ (petugas barisan hadapan), saya sokong.

“Tapi ini mau kasi kontrak sama anak dia, menantu dia, pak mertua dia, ini mau kasi mampus ini negeri. Sebab itu saya tidak setuju,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker