PRN Johor: Polis buka 17 kertas siasatan

Polis siasat dakwaan ADUN Selangor dera bekas isteri

JOHOR BAHRU: Polis Johor membuka sebanyak 17 kertas siasatan membabitkan pelbagai kesalahan sejak penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 26 Februari lalu.

Jurucakap bagi PRN Johor Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, ia termasuk empat kertas siasatan dibuka semalam.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954/Peraturan 16 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021.



“Kami menasihatkan supaya semua parti serta kumpulan penyokong sentiasa mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 dan peruntukkan undang undang yang telah ditetapkan semasa berkempen.

“Mereka juga diminta memastikan kumpulan penyokong tidak mengganggu atau menghalang laluan lorong ketika sedang berkempen.

“Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada,” katanya.

Sementara itu, polis Johor juga
meluluskan sebanyak 405 permit bagi mengadakan kempen dan ceramah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sejak 26 Februari lalu.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button