England ke Piala Dunia dengan berpesta gol

England ke Piala Dunia dengan berpesta gol
Kapten England, Harry Kane (kanan) bersaing dengan pemain San Marino, Enrico Golinucci (kiri) pada aksi kelayakan Piala Dunia bagi Kumpulan I di Stadium San Marino. England menang 10-0 dengan Kane turut meledak empat gol. – Foto EPA.

England ke Piala Dunia dengan berpesta gol

SERRAVALLE, San Marino: Gareth Southgate berkata mentaliti England menjadi kunci mereka layak ke Piala Dunia dengan rekod tersendiri apabila Harry Kane meledak empat gol ketika membelasah San Marino 10-0.

Hanya memerlukan seri daripada perlawanan kelayakan terakhir Kumpulan I untuk mara ke kejohanan tahun depan di Qatar, England meledak 10 gol dalam satu perlawanan buat pertama kali sejak saingan persahabatan pada 1964 berdepan Amerika Syarikat.

Keputusan itu memberikan kemenangan terbesar dalam sejarah skuad Three Lions membabitkan perlawanan kompetitif.



Harry Maguire meletakkan skuad kendalian Southgate di depan sebelum jaringan sendiri Filippo Fabbri menambah kelebihan England. Kapten England, Kane cemerlang selepas itu apabila meledak empat gol sebelum rehat untuk mencipta rekod pasukan.

Pemain tengah Arsenal, Emile Smith Rowe mencetak gol pertamanya pada peringkat senior antarabangsa pada penampilan sulungnya.

Pemain England, Phil Foden melakukan sepakan gunting ketika menentang San Marino awal pagi tadi. – Foto AFP

Tyrone Mings menanduk masuk gol pertamanya buat England selepas pemain San Marino, Dante Rossi dibuang padang sebelum Tammy Abraham dan Bukayo Saka melengkapkan kemenangan dengan rekod buat negara mereka.

Kane sudah mencetak 16 gol pada 2021 buat England, mencipta rekod tahunan buat Three Lions apabila dia mengatasi 12 gol dilakukan George Hilsdon pada 1908 dan Dixie Dean pada 1927.



Pemain berusia 28 tahun itu juga kini sama kedudukan dengan Gary Lineker yang menjaringkan 48 gol buat England dan hanya Bobby Charlton (49) serta Wayne Rooney (53) melebihinya.

“Harry ialah penjaring gol yang hebat. Jika kami membiarkan dia terus bermain setengah jam lagi, dia mungkin akan menciptanya (rekod),” kata Southgate.

“Kami mungkin akan dihubungi keluarga Wayne Rooney yang menyuruh kami mengeluarkannya!”.

– AFP



England ke Piala Dunia dengan berpesta gol




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button