“Saya bebas untuk berkempen” – Najib Razak

 

Dato Sri Najib Razak memberitahu beliau bebas untuk melakukan apa sahaja termasuk berkempen di PRN Johor kerana Mahkamah membenarkan beliau berbuat demikian.

Najib mengulas mengenai tindakan Lee Kim Yew yang menghantar sepucuk surat kepada Suruhanjaya Pilihanraya meminta kempen ‘Bossku’ dihentikan kerana mendakwa bertentangan dengan ajaran Islam.

Lee Kim Yew sebelum ini dilihat bersama dengan Tun Mahathir dalam kempen Parti PEJUANG di PRN Johor. Lee yang mengaku ahli seumur hidup MCA telah mengutus surat dan surat itu menjadi bahan lucu kepada netizen.

Ada netizen menyindir tindakan Lee Kim Yew kerana mencampur-adukkan agama sebagai alasan agar SPR menghentikan kempen yang sedang dilakukan Najib di PRN Johor.

Ada netizen bertanya sejak bila SPR mengambil-alih kerja-kerja JAKIM dalam menentukan samada kempen selari atau tidak dengan Agama Islam.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker