Kerajaan campuran PH & PN akan dibentuk di Johor?

Desas-desus kerjasama antara Pakatan Harapan-PH dan Perikatan Nasional-PN dalam mencatur keputusan PRN Johor akan dimuktamadkan dengan pembentukan sebuah kerajaan campuran.

Kedua-dua pihak PN dan PH sedar mereka langsung tidak mampu menyaingi populariti BN dalam kempen kali ini.

Satu-satunya jalan menghalang BN dari membentuk kerajaan ialah kembali bergabung keseluruhan kerusi yang mereka menangi.

PH kini sedar tanpa penglibatan PPBM dalam gabungan PH tidak akan memberi kelebihan kepada mereka sepertimana kerjasama mereka dahulu. MUDA yang diharapkan mampu menarik undi kaum Melayu tidak mampu berbuat demikian.

AMANAH pula berdepan dilemma kerana ‘musuh’ mereka-PAS berada dalam PN sebagai sekutu kuat PPBM. Ini bakal menimbulkan perebutan perhatian antara AMANAH dan PAS dalam gabungan PH-PN.

Bagaimanapun dikatakan perseteruan mereka akan diselesaikan dengan memberi ruang yang sama rata kepada AMANAH dan PAS.

PH mensasarkan untuk menang 20 kerusi memerlukan 9 kerusi tambahan untuk membentuk kerajaan dan memilih PN akan memberi kelebihan sehingga 17 kerusi kerana PN meletakkan sasaran 17 kerusi untuk dimenangi mereka.

Perbincangan kerjasama PH-PN dipercayai telah berlangsung secara sulit namun sehingga hari ini belum disahkan oleh mana-mana pihak.

Muhyiidn yang kini agresif berkempen dikatakan sudah nampak peluang untuk PN membalas kekalahan teruk PN di Melaka dengan kerjasama PH.

Bagi PH pula mereka perlu menebus maruah kekalahan di Melaka dan satu kerjasama ‘strategik’ amat diperlukan untuk memberi ruang kembali berkuasa.

Jika gabungan ini kembali dapat memerintah Johor, maka rakyat Johor perlu bersedia kembali ke zaman ‘kegelapan’ sepertimana pernah dirasai selama 22 bulan (PH)+17 bulan(PN).

Hanya rakyat Johor boleh menentukan kerajaan yang sepertimana yang mereka perlukan bagi mengembalikan kegemilangan Johor.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker