Najib ingatkan rakyat jangan tertipu lagi

Mersing: Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak, mendedahkan tembelang pemimpin parti pembangkang yang hanya suka berjanji tetapi gagal menepatinya.

“Kita tahu kan kita dah kena tipu dulu. Kita dah kena tipu pasal harga minyak, pasal tol, pasal PTPN (Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional). Takkan nak kena tipu dua kali,” katanya ketika ditemui selepas program santai di sebuah restoran di Teluk Buih, di sini, malam tadi.

Najib mendedahkan bahawa untuk menilai seseorang pemimpin itu adalah berdasarkan rekod pencapaiannya sebelum ini.

“Jangan tengok apa dia kata sebab kita dah tahu, apa dia kata dan apa dia buat, berbeza sangat.



“Macam jauh panggang dari api.

“BN tak pernah tipu, kalau kita kata kita nak buat, kita akan buat.

“Ini rakyat kena pegang…orang yang cakap boleh buat,” katanya.

Najib pada majlis santai di Teluk Buih, Mersing, malam tadi. – Foto: Bob



Bagi menjawab dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa UMNO mengadakan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor itu, semata-mata untuk mengukuhkan kuasa, beliau berkata, pilihanraya itu terpaksa diadakan berikutan kerajaan negeri mentadbir dengan majoriti tipis.

“Kerajaan itu tak ada kuasa, susah untuk meluluskan rang undang-undang.

“Bila tak stabil, kita tak boleh merancang untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Mengenai dakwaan Anwar bahawa Mersing bukan kubu kuat UMNO lagi, Najib menjawab semua pihak boleh membuat pelbagai dakwaan.

“Kita tunggulah. Semua boleh kata macam-macam, kata itu, kata ini.

“Tapi 12 Mac nanti (hari pengundian), kita tengoklah nanti kubu siapa,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker