Pengundi jangan tertipu dengan janji ditabur pembangkang

Kota Tinggi: Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohd Sadique, mengingatkan pengundi di parlimen itu supaya tidak terpengaruh dengan janji yang ditabur pembangkang.

“Jangan terpedaya dengan janji-janji manis yang mereka tabur,”katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan oleh Yayasan Bank Rakyat di Dewan Semai Bakti di Felda Easter, dekat sini, hari ini.

Perasmian disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi yayasan, Datuk Wira Megat Zulkarnain Omar Din.



Beliau yang juga Menteri Perpaduan Negara mengingatkan dua calon BN iaitu Muszaide Makmor (Sedeli) dan Norliza Noh (Johor Lama), supaya bekerja kuat bagi memastikan kemenangan besar BN di kawasan itu.

“Kita tak boleh terlalu ‘over confident’ (terlalu yakin) untuk menang di kawasan ini.

“Kita kena bekerja kuat bagi menarik perhatian pengundi,” katanya.

Halimah berkata, kedua-dua kerusi DUN itu adalah milik BN sebelum ini sebelum Adun Johor Lama dan Sedili beralih parti.



“Harap semua pengundi di Johor Lama dan Sedili bagi mandat pada Barisan Nasional (BN) supaya kita boleh teruskan agenda pembangunan di negeri ini,” katanya.

Pada PRN Johor kali ini, Norliza akan ditentang tiga calon lain iaitu Mohamad Alias Rasman dari Perikatan Nasional (PN), Omar Mokhtar A Manap dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan wakil Pejuang, Mohd Shukor Ahmad.

Muszaide pula akan dicabar Mohd Hasnolhadi Mohd Sebalas (PN), Mat Khairi Shamsudin (PH) dan calon parti Pejuang, Tariq Ismail Mustafa.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button