Cikgu Selamat yakin pengundi semakin sedar

Calon N16 Dun Sg Balang, Selamat Takin yakin pengundi semakin sedar parti mana yang lebih stabil dan mampu membawa perubahan kepada rakyat secara keseluruhan.

Merupakan anak tempatan Sg Balang, mesra dipanggil Cikgu Selamat, beliau yakin pengundi muda akan memilih BN untuk kali pertama selepas memerhati proses politik selama hampir 4 tahun.

Beliau juga mengambil peluang menggunakan medium media sosial untuk berkempen memandangkan perubahan cara berkempen perlu selari dengan peredaran masa.

Cikgu Selamat juga yakin dibawah pentadbiran Dato Seri Hasni Mohamad, Johor akan lebih berjaya dan kembali gemilang jika diberikan mandat baru oleh rakyat Johor.



Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan selepas kematian seorang ADUN dan kerajaan hanya berkelebihan 1 kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker