Jangan perjudikan masa hadapan anak kita – Mohd Yusla



Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Yusla Ismail, 54, mengingatkan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang agar mengundi BN untuk jaminan masa hadapan yang lebih baik.

Menurut Ketua Penerangan UMNO bahagian Batu Pahat itu dia juga yakin apabila mensasarkan sekurang-kurangnya 60 atau 70 peratus undi berpihak kepada BN.

“Usah kita perjudikan masa hadapan anak kita pada pentadbiran yang masih belum matang dan kukuh.

“Barisan Nasional bertahun-tahun lamanya berdiri mempertahan dan memperjuang nasib dan masa depan rakyat.



“Kalau kita lihat UMNO bahagian ada satu program Ziarah Kasih yang tidak pernah tinggal, walaupun sekali sepanjang tahun.

“Ketua bahagian, timbalan, ketua wanita, ketua pemuda, ketua puteri dan seluruh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) bahagian akan bergerak dalam kawasan Parlimen Batu Pahat ini untuk melakukan kerja-kerja ziarah kasih dan lain-lain,” katanya.

Pada PRN Johor kali ini, kerusi DUN Senggarang menyaksikan saingan lima penjuru melibatkan Mohd Yusla (BN), calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Faizi Ahmad Kamil, Abd Hamid Jamah (Amanah), Zalihah Jaffar (Pejuang) dan seorang calon Bebas, Baharudin Abdullah. – my-tv online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker