Komuniti nelayan antara fokus calon BN Semerah

Foto:  Media Umno

Jeti yang selesa antara salah satu perancangan yang telah dirangka calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Semerah, Mohd Fared Mohd Khalid sekiranya kemenangan berpihak kepadanya menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan pada 12 Mac ini.

Selain itu, Mohd Fared juga mahu mempelbagaikan lagi peluang pekerjaan untuk para belia di kawasan tersebut selain terus memperkasakan Industri Kecil Sederhana (IKS) di Semerah.

“Kawasan Semerah terkenal dengan masyarakatnya yang terdiri daripada komuniti nelayan dan dalam masa yang sama kita akan menjaga kebaijkan golongan berkenaan.

“Antara dalam perancangan kita adalah untuk membina jeti yang selesa untuk mereka, ada beberapa isu berkaitan seperti jeti yang uzur dan tidak lagi sesuai untuk digunakan serta ia perlu digantikan dengan yang baru,” katanya.

Dalam PRN Johor kali ini, Mohd Fared bakal dicabar empat lagi calon iaitu penyandang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Khuzzan Abu Bakar, Datuk Ariss Samsudin (Perikatan Nasional), Kamarolzaman Mohd Jidi (Putra) dan Mahdzir Ibrahim (Pejuang).

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 menyaksikan Mohd Khuzzan menang dengan majoriti tipis iaitu 98 undi menewaskan Mohd Ismail Roslan (BN) dan Adnan Othman (Pas). – my-tv online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker