Positif Covid-19, Ter Hwa Kong terpaksa batal kempen pilihan raya

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram, Ter Hwa Kong terpaksa membatalkan semua kempen fizikalnya selepas disahkan positif Covid-19.

Hwa Kong berkata beliau dan pasukan kempennya membuat ujian saringan PCR selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

“Saya akan menjalani prosedur susulan seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Saya memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dan meminta individu yang menjadi kontak rapat dengan saya untuk menjalani ujian saringan COVID-19,” katanya.



Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kerusi DUN Penggaram menyaksikan saingan empat penjuru antara Hwa Kong dan Sia Wee Yet (PN), Gan Peck Cheng (PH) serta Zahari Osman (Bebas).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, DUN Penggaram dimenangi Peck Cheng, daripada DAP selepas mengalahkan calon BN, Kang Ben Kuan dengan majoriti 17,205 undian. – my-tv online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker