SBG tidak gentar gempur Dun Gambir

Kerusi panas PRN Johor, N09 Dun Gambir menyaksikan Barisan Nasional meletakkan SBG sebagai calon bagi merampas kembali kerusi tersebut. SBG atau nama sebenar Shah Rihan Bin Ghani bukan nama asing dalam politik Johor.

Beliau yakin pengundi Gambir akan menerima kehadirannya untuk bertanding di Gambir selepas berjaya menemui hampir 20% pengundi setakat Rabu lepas.

Kerusi Gambir yang dimenangi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada PRU14. Bagaimanapun dalam PRN Johor, Muhyiddin tidak mempertahankan kerusi tersebut.

Apabila ditanya adakah beliau berasa gentar bila berdepan calon lain terutama PPPBM, SBG menyatakan beliau tidak gentar langsung dengan cabaran ini kerana yakin pengundi Gambir sudah sedar dan mula kembali kepada BN.

SBG juga memberikan beberapa kekurangan di Gambir yang beliau jadikan agenda utama untuk dibawa ke pihak atasan untuk diatasi.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker