Cercaan Mas Ermieyati beri isyarat PN kalah besar

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati yang mencerca Umno sebagai ‘musibat’ sebenarnya memberi isyarat Perikatan Nasional akan kalah besar pada PRN Johor kali ini.

Beliau cuba mempengaruhi pengundi Johor kononnya Umno Johor hanya tamak kuasa kerana membubarkan Dewan Undangan Negeri semata-mata mahu menguasai kerajaan sepertimana dilakukan di Melaka.

Bagaimanapun Mas sebenarnya keliru kerana yang menyebabkan DUN Melaka bubar ialah rundingan ‘belakang pintu’ antara beberapa Adun dengan Pakatan Harapan termasuk seorang Adun Perikatan Nasional.

Mungkin Mas lupa bagaimana ketamakan Perikatan Nasional yang mahu jawatan Ketua Menteri walau sedar mereka bukanlah majoriti di dalam Kerajaan Melaka ketika krisis berlaku.

Beliau juga tidak kurang dengan sifat tamak apabila PN mengenepikan Pengerusi PN Negeri dari senarai bakal calon Ketua Menteri Melaka sebaliknya menamakan dirinya sebagai calon KM sehingga membawa kepada peletakan jawatan Pengerusi PN Melaka.

Bekas bakal calon Ketua Menteri Melaka itu juga masih menyimpan dendam berikutan kekalahan beliau dalam PRN Melaka.

Perikatan Nasional kalah teruk dengan hanya menang 2 kerusi dari 28 kerusi yang ditandingi.

Untuk melindungi kelemahan Perikatan Nasional, maka naratif Umno Johor tamak kuasa terpaksa dimainkan oleh Mas Ermieyati.

Inilah sikap seorang ahli politik yang melompat parti selepas memenangi kerusi Masjid Tanah di atas tiket BN pada Pru14.

Sebagai rekod, sifat ‘lidah bercabang’ Mas Ermieyati masih diingati sebahagian besar pengundi Masjid Tanah apabila menampakkan sikap tamak beliau melarikan diri dari parti selepas BN kalah.

Sepanjang kempen PRN Johor bermula sehingga semalam, para pengundi yang ditemui menolak Perikatan Nasional dan ini gambaran yang ditakuti Mas Ermieyati kerana tahu karier politiknya akan berakhir jika PN kalah teruk.

Siapa sebenarnya yang lebih musibat?

 

 

 

 

Leave a Reply