Anak muda kembali menerima Barisan Nasional

Calon BN untuk N05 Dun Tenang, Hajjah Haslinda Salleh yakin anak muda kembali menerima Barisan Nasional selepas menilai semula prestasi semua parti politik.

Haslinda yang bertekad untuk melakukan sesuatu untuk anak muda di Dun Tenang selain menjaga kebajikan golongan lain.

Beliau berkata demikian semasa ditemui semasa berkempen di sebuah estet di Labis.

Gelombang penerimaan pengundi kepada BN bukan sahaja berlaku dikalangan anak muda malah boleh dikatakan semua lapisan masyarakat sudah mula sedar kestabilan sesebuah kerajaan amat penting bagi menjamin pembangunan ekonomi setempat.

Hajjah Haslinda antara muka baru yang dicalonkan BN bagi mewakili Dun Tenang. Sebagai rekod, pada Pru14, BN kalah di kerusi Tenang dan Bekok dalam Parlimen Labis.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker