DAP dijangka hilang separuh kerusi PRN Johor

 

Tunjang utama Pakatan Harapan, DAP dijangka hilang separuh dari jumlah kerusi yang mereka tandingi dalam PRN Johor.



Tinjauan dikawasan majoriti pengundi Cina mendapati mereka enggan lagi melayan DAP sebagaimana kempen Pru14.

Kegagalan utama DAP yang pengundi cina kesali ialah DAP mempercayai Tun Mahathir sebagai ‘penyelamat’ dan mampu membawa perubahan besar.

Bagaimanapun pemerintahan PH hanya bertahan 17 bulan selepas berlaku konflik dalaman yang menemui jalan buntu hingga menyebabkan kerajaan PH runtuh.



Bagi mereka, kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM merupakan kesilapan paling besar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Tun Mahathir yang ketika itu merupakan Pengerusi PPBM boleh digunakan untuk meraih undi kaum Melayu dan ia berjaya dilakukan.

PPBM ADALAH ‘ABANG BESAR’ KETIKA DALAM PAKATAN HARAPAN

Namun demikian apabila PPBM merasakan mereka sudah menjadi ‘Abang Besar’, DAP perlu akur dengan semua kehendak PPBM termasuk menghalang sebarang peralihan kuasa dari Mahathir kepada Anwar.

Penyokong tegar DAP sedia maklum jika Anwar diberikan laluan untuk menjadi PM sudah pasti semua konflik tidak akan berlaku kerana beliau lebih fleksibel dan tidak bersikap ‘Ultra melayu’ sebagaimana Mahathir.



Sikap toleransi Anwar amat disenangi penyokong DAP sendiri memandangkan PKR bukanlah sebuah parti yang berteraskan kepada satu kaum sahaja.

KONFLIK DALAMAN DAP AKAN MELETUS?

Oleh kerana kegagalan DAP menjaga hati pengundi tegar, maka pada PRN Johor, mereka akan diajar oleh pengundi agar lebih mendengar kemahuan penyokong dan bukannya bergantung kepada Mahathir. Malah, Muhyiddin Yassin selaku Presiden PPBM yang bersama dengan PH selama 22 bulan tidak mendapat kepercayaan penyokong DAP sepenuhnya.

Jika di Melaka Pengerusi DAP Negeri ditunjuk jalan keluar, pada PRN Johor Liew Chin Tong juga dikatakan akan diberikan laluan khas untuk ‘keluar pintu’.

Ini berikutan desas-desus konflik antara 2 kem yang wujud dalam DAP namun didiamkan kerana mahu kekal fokus pada PRN Johor.



Gelodak yang melanda DAP Johor semakin tidak dapat disorokkan walau Guan Eng turun membantu Chin Tong di Dun Perling. Kini hanya masa yang akan menentukan samada gelodak tersebut akan meletus selepas PRN Johor atau sehari sebelum hari pengundian.

Jika dilihat kepada sambutan pengundi Cina, ternyata DAP semakin tidak diterima kerana politik ortodok yang masih menjadi amalan mereka.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button