UMNO Melaka ‘balas budi’ bantu PRN Johor

Selepas kejayaan menguasai Dewan Undangan Negeri Melaka, UMNO Melaka kini turun bagi membalas budi di PRN Johor.

Menurut Pengerusi Perhubungan Negeri UMNO Melaka, Dato Sri Abd Rauf Yusoh, jentera Melaka dikerahkan bagi membantu kempen BN di Muar dan Bakri.

Bagi memastikan semua kerja-kerja kempen berlangsung dengan lancar, Umno Melaka mengaturkan pasukan untuk diagihkan di semua PDM Muar dan Bakri.

Dengan kekuatan 500 orang, UMNO Melaka membantu kempen kali ini untuk mendaulatkan semula UMNO di Johor.



Bagi Rauf, mesej yang mereka mahu sampaikan kepada pengundi Muar dan Bakri cukuplah sekali pengundi tertipu dengan onar pihak lawan dan kini sudah tiba masanya pengundi kembalikan mandat kepada BN Johor.

“Angin perubahan akan berlaku di Johor” – Presiden Umno

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker