Pakatan Harapan, Perikatan Nasional semakin terdesak

Oleh – Bakhtiar Omar

Berbaki 48 jam dari tarikh pembuangan undi di PRN Johor, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional semakin terdesak untuk menyaingi kebangkitan Barisan Nasional.

Dengan cabaran beberapa calon disahkan positif covid, kedua-dua PH dan PN hanya berharap kepada jentera untuk meneruskan kempen.

PN yang masih belum menemui rentak kemenangan hanya berharap kepada Presiden PPBM untuk mengkritik BN dalam siri ceramah kempen. Sudah pasti sebagai ‘PM Gagal’ imej Muhyiddin yang sudah tercalar tidak memberi sebarang kelebihan buat PN.



Walau dengan gabungan PAS dan Gerakan, PN masih gagal menarik perhatian pengundi kerana rata-rata pengundi tidak mengenali 70% calon PN.

GERAKAN HANYA ‘PENUMPANG’, TIDAK MAMPU SUMBANG KEMENANGAN

Politik Gerakan yang selama ini ‘hidup segan, mati tak mahu’ sudah hampir pasti boleh menjangkakan calon mereka kalah.

PAS pula masih mempunyai peluang menang 1 kerusi sahaja. Bagi PPBM, rata-rata pemerhati politik hanya memberi 20%  kemenangan dari keseluruhan kerusi yang ditandingi. Perlu diingatkan pada Pru14, PPBM bergantung juga kepada pengundi PH namun tidak kali ini. Ini antara faktor kekalahan besar PN dalam PRN Johor.

Pakatan Harapan dijangkakan turut akan kalah besar berikutan krisis dalaman yang masih belum selesai.



Apabila PKR memutuskan menggunakan lambang sendiri, pemerhati politik sudah mula mendapat isyarat berlaku ‘ribut’ dalam kepimpinan tertinggi PH namun ia masih disorokkan.

ANWAR IBRAHIM JADI ‘ONE MAN SHOW’ UNTUK KEMPEN PKR

Anwar Ibrahim

Krisis semakin memuncak bila kempen bermula apabila Presiden PKR, Anwar Ibrahim mula menjadi ‘one man show’ untuk mempromosi calon-calon PKR.

Beliau langsung tidak menyentuh atau mempromosi calon PH dalam siri ceramahnya dan terus fokus kepada calon PKR sahaja. Malah bekas Presiden PKR, Wan Azizah juga dilihat agak lemau dalam kempen PRN Johor.

PENGUASAAN ‘DINASTI LIM’ BERAKHIR SELEPAS PRN JOHOR?

 

DAP pula berdepan gelombang penolakan terhadap ‘Dinasti Lim’ menjelang pemilihan parti itu pada 20 Mac ini.

Pertembungan 2 kem yang wujud dalam DAP menyerlahkan lagi PRN Johor menjadi medan pemimpin DAP menyusun atur gerakan melenyapkan penguasaan ‘Dinasti Lim’ sejak sekian lama.

Jika melihat kepada siri kempen PH terutama DAP, pemimpin DAP mempunyai calon kegemaran masing-masing dan berusaha menaikan imej mereka bagi meraih sokongan menjelang pemilihan.

AMANAH KINI HANYA KELAS ‘ANAK TIRI’?

AMANAH pula yang seperti ‘anak tiri’ dalam PH ternyata tidak dapat menyaingi kehadiran MUDA yang lebih disenangi PH terutama DAP.

Umpama ‘habis madu sepah dibuang’, siri kempen AMANAH ternayat gagal menarik perhatian pengundi yang satu ketika berpusu-pusu turun memberi sokongan. 

Trend peralihan sokongan pengundi di Johor memberi isyarat satu perubahan besar bakal berlaku dan Johor merupakan punca perpecahan besar Pakatan Harapan.

Jika pengundi menterjemahkan segalanya di kertas undi pada 12 Mac ini, tidak dapat dinafikan Barisan Nasional akan kembali ke Putrajaya pada Pru15. Inilah mimpi ngeri buat kedua-dua Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker