Pecutan PRN Johor, BN tidak boleh terlalu selesa

 

Calon BN Anuar Manap yang bertanding di Dun Pemanis mengganggap minggu terakhir kempen BN di PRN Johor tidak boleh terlalu selesa.



Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas pertemuan dengan jentera Dun Pemanis.

Bagi Anuar inilah masa untuk semua calon bekerja dengan lebih keras bagi memastikan kemenangan BN dalam PRN Johor sekaligus dapat membentuk sebuah kerajaan yang stabil.

Tekad untuk merampas kembali kerusi Pemanis, Anuar tidak menunggu lama menyusun gerak kerja berjumpa pengundi Pemanis.

Berpengalaman sebagai ADUN selama 1 penggal adalah satu perkara yang amat dihargai Anuar Manap dan beliau mahu berkhidmat dengan lebih baik untuk pengundi Pemanis.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button