Rumah Felda: Perjuangan sudah bermula sejak tahun 2000

Naib Pengerusi Alumni Majlis Belia Felda Malaysia, Abdul Halim Abdul Razak.

Kluang: Perjuangan mendapatkan rumah untuk generasi kedua FELDA secara hakikatnya sudah bermula sejak tahun 2000 lagi.

Naib Pengerusi Alumni Majlis Belia Felda Malaysia, Abdul Halim Abdul Razak berkata, perjuangan dilakukan melalui Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Gagasan Wawasan Generasi Kedua FELDA (GWGF) dan Pertubuhan Peneroka bagi rancangan Felda yang berhak milik.

Katanya, permohonan dan perbincangan bersama Allahyarham Tun Ghafar Baba selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu dilakukan bagi mendapatkan kaedah terbaik untuk membantu generasi kedua mendapatkan rumah.



“Hasilnya, pada tahun 2005 Kerajaan Negeri Johor yang ketika itu Menteri Besarnya, Datuk Abdul Ghani Othman dengan kerjasama FELDA meluluskan pemberian lot tapak rumah kepada generasi kedua.

“Felda Ayer Hitam menjadi tanah rancangan Felda pertama menerima 205 lot pada tahun 2005 dan kawasan tersebut sudah pun didirikan rumah oleh generasi kedua FELDA samada melalui pembiayaan sendiri, pinjaman bank atau Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB),”katanya kepada media hari ini.

Abdul Halim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Persatuan Anak Felda (Anak) yang ingin berjuang mendapatkan rumah untuk gereasi kedua FELDA baru-baru ini.

Menurut Abdul Halim, pihaknya kini telah memasuki fasa kedua permohonan lot tapak rumah untuk generasi kedua FELDA ini agar ianya dapat dipercepatkan termasuk projek pembangunan felda melalui Projek Pembangunan Peneroka (PPP).



“Melalui mesyuarat Agung MBFM pada 12 Mac baru-baru ini, mendapati apa yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Johor berkaitan rumah generasi kedua FELDA di Felda Ayer Hitam boleh di contohi.

“Melalui mesyuarat itu juga, kerajaan sudah mengumumkan peruntukkan sebanyak Dua Billion Ringgit kepada anak-anak peneroka yang tidak mempunyai penyata gaji atau bekerja sendiri mendapatkan pinjaman,” katanya.

Abdul Halim berkata, generasi kedua FELDA secara keseluruhannya amat gembira dengan setiap perkembangan yang berlaku di kawasan tanah rancangan masing-masing.

“Dengan keadaan harga buah yang semakin baik berbanding sebelum ini membolehkan kami mempunyai pilihan yang terbaik untuk terus menerajui Felda pada masa-masa akan datang,” katanya. – my-tv online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker