Wakil rakyat PH ambil nikmat atas perjuangan BN

Pengundi, Mohd Norfirdaus Che Aman

JOHOR BAHRU: Wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) sebelum ini disifatkan hanya bersandarkan pembangunan hasil perjuangan Barisan Nasional (BN).

Pengundi kawasan Johor Jaya, Mohd Norfirdaus Che Aman, 33, berkata dia berpendapat wakil rakyat PH mengambil nikmat atas perjuangan BN semata-mata.

Menurutnya, ia berikutan tiada sebarang perubahan ketara yang dapat dilihat rakyat sepanjang perkhidmatan mereka (PH).



“Apa yang dilaksanakan pula adalah suatu yang dirancang oleh BN sebelumnya.

“Bagi kami yang merupakan penduduk dan peniaga di kawasan Johor Jaya, kami tidak merasakan sebarang manfaat sebelum ini dan apabila berusaha menghubungi wakil rakyat, selalunya tidak kesampaian hingga masalah kami tergantung.

“Diharap pengundi di kawasan ini tidak tersilap mengundi dan bijak menilai seseorang calon,” katanya.

Sementara itu, seorang usahawan yang juga pengundi kawasan Permas, K Vijayan, 62, berkata seseorang wakil rakyat seharusnya mudah didekati dan mesra penduduk.



“Jangan pula selepas menang tidak munculkan diri.

“Penduduk berdepan kesukaran untuk berjumpa wakil rakyat PH bagi mengadu masalah mereka.

“Ia mengakibatkan nasib penduduk tidak terbela,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker