Tentera AS bawa keluar diplomat dari Khartoum – Biden

Tentera AS bawa keluar diplomat dari Khartoum – Biden

Tentera AS bawa keluar diplomat dari Khartoum – Biden
JOE BIDEN

KHARTOUM: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengesahkan pasukan tenteranya berjaya membawa keluar diplomat dan keluarga mereka dari ibu negara Sudan.

Lapor BBC, proses evakuasi itu berlaku ketika pertempuran antara angkatan tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) memasuki minggu kedua.

“Hari ini, atas arahan saya, tentera AS berjaya menjalankan misi bawa keluar pegawai dan kakitangan kerajaan bersama keluarga mereka dari Khartoum.



“Operasi pejabat kedutaan AS di Sudan ditangguhkan sementara sehingga situasi menjadi stabil,” kata Biden dalam kenyataan.

Setakat ini, Biden tidak mengemukakan maklumat lanjut berkaitan misi evakuasi berkenaan.

Tidak dapat dipastikan jumlah individu dibawa keluar menerusi proses pemindahan itu.

Terdahulu, RSF memaklumkan enam pesawat digunakan dalam misi evakuasi dijalankan awal pagi tadi.



Menurut RSF, pihaknya juga bekerjasama dengan AS menyelaras proses berkenaan.

Sementara itu, Biden menzahirkan ucapan terima kasih kepada negara Djibouti, Ethiopia dan Arab Saudi kerana turut sama membantu menjayakan operasi pemindahan itu.

Ini merupakan kumpulan kedua warga asing dibawa keluar dari Sudan sejak pertempuran tercetus di Khartoum seminggu lalu.

Semalam, lebih 150 warga pelbagai negara termasuk diplomat dan pegawai antarabangsa dibawa keluar dari Sudan dengan menyeberangi Laut Merah ke pelabuhan di Jeddah, Arab Saudi.



Kebanyakan warga asing itu berasal dari negara Teluk, Mesir, Pakistan dan Kanada.

Tentera AS bawa keluar diplomat dari Khartoum – Biden


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Teruk Majlis Peguam dan pakar undang undang kena salai dengan Tan Sri Shafie

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button