Forensik kata kematian Tangmo akibat kemalangan, tiada kecederaan mencurigakan

Selepas pihak polis Thailand mengeluarkan kenyataan mengatakan kematian aktres Tangmo Nida atau nama sebenarnya, Pataratida Patcharawirapong sebagai kemalangan, terbaharu Institut Kedoktoran Forensik (IFM) negara itu pula tampil dengan penemuan terbaharu mereka.

Memetik laporan Bangkok Post, pihak IFM tidak menemui sebarang kecederaan mencurigakan pada bahagian kepala Tangmo yang sebelum ini dikatakan mengalami objek keras selain bahagian pada sekitar matanya lebam.

Hasil autopsi kedua itu juga menunjukkan barisan gigi mayat mendiang juga tidak patah.

Sebelum ini menerusi beberapa foto wajah mendiang yang tersebar didakwa menunjukkan seolah-olah kematian aktres itu telah dirancang.

Ramai netizen di Asia termasuk di Malaysia membuat teori dan andaian bahawa aktres berusia 38 tahun itu kemungkinan telah dibunuh memandangkan mayatnya ditemui dalam keadaan mencurigakan.

Laporan autopsi itu dikeluarkan selepas ibu mendiang, Panida Sirayootyotin mahu pihak berkuasa menjalankan bedah siasat buat kali kedua selepas tidak berpuas hati dengan hasil autopsi pertama.

Upacara memperingati dan pemakaman mendiang akan berlangsung selama empat hari bermula hari ini sehingga fasa pembakaran yang dijangka dilakukan pada Isnin depan.

Terdahulu, mayat Tangmo dijumpai dua hari selepas dia dilaporkan terjatuh dari bot laju di Sungai Chao Phraya, Bangkok pada 24 Februari lalu. – My-tv-online

Leave a Reply