Kestabilan politik penting untuk pelabur – Wan Rosdy



Pengerusi BN Pahang menyifatkan kestabilan politik sesebuah negeri amat penting untuk para pelabur asing. Dato Sri Wan Rosdy berkata demikian semasa ditemui dalam pusingan akhir kempen PRN Johor di PDM Serom.

“Insyaallah esok pengundi Johor boleh pilihan yang tepat dan saya harap mereka akan memilih Barisan Nasional”

Pengerusi BN Pahang itu menyatakan ekonomi Johor menurun agak teruk sejak pemerintahan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional. Ini kerana politik Johor yang tidak stabil mempengaruhi pelabur luar yang mahu melabur.

Bagi memulihkan semula keadaan di Johor, sebuah kerajaan yang stabil dan kuat amat diperlukan untuk menarik kembali pelabur sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada anak Johor.



Wan Rosdy memberitahu sebagai contoh, Pahang menerima sejumlah RM10.5 Billion berbanding sasaran RM 5 Billion. Ini telah merangsang pembangunan ekonomi negeri dan membuka ruang pekerjaan kepada warga tempatan.

Para pelabur memberitahu mereka yakin dengan kestabilan politik Pahang di bawah Barisan Nasional Pahang yang diterajui Wan Rosdy selaku Menteri Besar.

Beliau percaya jika Barisan Nasional diberikan mandat membentuk kerajaan negeri Johor esok, pelabur akan kembali yakin untuk melabur di Johor.

Wan Rosdy menyeru agar pengundi Johor memilih sebuah kerajaan yang benar-benar dapat menjaga kebajikan serta ekonomi Johor untuk memakmurkan lagi negeri tersebut.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker