Wan Rosdy yakin pengundi Johor bijak memilih kerajaan

Dato Sri Wan Rosdy yakin pengundi Johor mempunyai pemikiran rasional dan lebih bijak memilih sesebuah kerajaan.

Pengerusi BN Pahang itu juga memberi bandingan janji-janji Pakatan Harapan yang masih segar dalam ingatan pengundi selepas melalui 22 bulan dan ditambah 17 bulan.

“Saya percaya pengundi masih terasa dengan segala penipuan yang telah dialami seperti contoh konon akan menghapuskan PTPTN dan sebagainya namun ia tidak berlaku”

Beliau menyeru para pengundi untuk melihat ‘track record’ Barisan Nasional selama 60 tahun dan bagaimana BN menjaga kebajikan rakyat serta memajukan negara.



Dalam pada itu, Wan Rosdy meminta agar pengundi jangan melayan lagi penipuan serta mereka yang mengada-adakan cerita bagi mempengaruhi pengundi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker