Warga emas disyaki onani sambil cium pakaian dalam ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas ditahan kerana berkelakuan tidak senonoh dengan beronani sambil mencium pakaian dalam yang dijemur penghuni di belakang sebuah rumah flat di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata suspek ditahan selepas pihaknya menerima aduan daripada mangsa berkaitan kejadian itu pada jam 2.44 petang.

“Mengikut aduan mangsa, seorang lelaki mengambil pakaian dalam yang sedang dijemur dan menciumnya sambil melakukan perbuatan onani.

“Perbuatan suspek dilihat dan berjaya dirakam seorang jiran yang kemudian menghubunginya untuk memaklumkan kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun yang tinggal di Puchong, Selangor untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 terhadap suspek dan permohonan reman ke atasnya akan dibuat pada hari ini.

Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker