Padah tak reti hidup berjiran

Padah tak reti hidup berjiran

Padah tak reti hidup berjiran
FOTO HIASAN

Madrid: Seorang lelaki di Barcelona dijatuhi hukuman penjara setahun tiga bulan selepas mahkamah mendapati dia dengan ‘ganas’ mengganggu kedamaian kejiranannya selama sekurang-kurangnya lima tahun dengan memainkan muzik kuat hampir tanpa henti.

Oddity Central melaporkan, mahkamah di Mataro, Barcelona, Sepanyol memutuskan hukuman itu kerana lelaki berkenaan membuatkan jiran ‘jadi gila’, sebab muzik dengan volum tinggi oleh defendan.

Akhbar dalam talian berpangkalan di Sepanyol, elDiario.es melaporkan selain penjara, mahkamah turut memerintahkan defendan membayar 18,000 euro (kira-kira RM91,595) sebagai pampasan kepada jirannya yang menjadi mangsa kebisingan keterlaluan.



Defendan juga diperintahkan membayar denda sebanyak 2,160 euro (kira-kira RM10,991), serta tambahan hukuman melarangnya daripada mengamalkan sebarang pekerjaan atau perdagangan yang berkaitan dengan muzik elektronik.

Mimpi ngeri kejiranan defendan bermula 2012, apabila lelaki itu mula memainkan muziknya yang tidak dapat ditahan telinga sepanjang hari hingga malam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir kalah sebab tidak disukai , bukan kerana rasuah.




Walaupun jirannya sudah meminta berulang kali supaya merendahkan volum muzik, malah polis juga pernah datang menasihatkannya, tetapi lelaki itu enggan patuh menyebabkan jiran yang bengang tidak mempunyai pilihan selain bersabar.

Pada 2015, tiga jiran yang tinggal di rumah bersebelahan defendan bertindak memfailkan aduan selepas mengharungi hampir tiga tahun terseksa dengan muzik kuat.

Aduan itu dibuat kerana defendan tidak mengendahkan aduan jirannya itu dan amaran pegawai polis, yang kesemuanya memberi keterangan di mahkamah terhadapnya.

Mereka mendakwa bahawa dentuman muzik yang berterusan menyebabkan mereka mengalami masalah fizikal dan mental.



Seorang pegawai polis menyifatkan bunyi yang keluar dari rumah tertuduh sebagai rangkaian ledakan yang berterusan, malah seorang daripada mangsa dalam kes mendakwa bahawa bunyi ledakan muzik itu menyebabkan tulangnya bergetar.

Pengukuran bunyi yang dibuat selama lima tahun untuk keganasan audio itu menunjukkan bahawa muzik elektronik melebihi 57 desibel pada waktu siang dan petang, dan mencapai 56 desibel pada waktu malam.

Ia jauh melebihi 35 desibel yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan dan muzik itu dilaporkan begitu kuat sehingga menyebabkan gegaran kepada objek di rumah jiran defendan.

Padah tak reti hidup berjiran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading