“Bossku merayau jadi hantu raya” – Mohamad Hasan

Timbalan Presiden UMNO, Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan berseloroh mengenai peranan Dato Sri Najib Razak atau lebih gelaran Bossku dalam menghadapi PRK mahupun PRN.

“Bossku merayau-rayau macam hantu raya” – Mohamad Hasan.

Beliau berkata demikian ketika memberi penghargaan kepada semua petugas serta ahli Umno yang terlibat dalam Pilihanraya Kecil dan Pilihanraya Negeri sepanjang 2018 sehingga sekarang.

Bermula 2019, satu demi satu UMNO dan BN mengorak langkah memenangi PRK membuktikan kekuatan sebenar UMNO yang digeruni pihak lawan.

Mohamad memberi gambaran UMNO kini sudah bersedia kembali memberikan khidmat kepada rakyat Malaysia selepas dikejutkan dengan kekalahan pada PRU14 pada Mei 2018.

Pengalaman UMNO dan BN mengurustadbir negara memainkan peranan penting kepada rakyat. Selepas tampuk diambil alih Pakatan Harapan, rakyat terus berada dalam kekeliruan serta tekanan yang tidak terfikir akan berlaku.

Ekonomi negara terus menguncup dan perebutan kuasa dalam PH menjadikan rakyat sebagai mangsa. Malah manifesto yang tidak ditunaikan turut menyumbang kepada faktor penolakan rakyat terhadap PH.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker