Ditinggalkan Kerana Orang Ketiga, Nabila Razali Belum Boleh Duduk Semeja Dengan Bekas Kekasih

Sama seperti orang lain, penyanyi dan pelakon Nabila Razali mendedahkan dia juga pernah gagal dalam percintaan serta ditinggalkan kekasih gara-gara orang ketiga.

Meskipun kisah sedih itu sudah lama berlalu, namun Nabila berkata rasa sakit itu masih dirasai hingga ke hari ini. Ujarnya lagi, walaupun sudah move on namun dia mangakui tidak boleh lagi duduk semeja dengan bekas kekasihnya itu.

“Cerita putus cinta ini dah lama, sebelum saya jadi artis lagi. Kami sempat bercinta dalam setahun. Punca putus kerana orang ketiga… akhirnya saya ditinggalkan tanpa berita, tak tahu adakah hubungan itu masih berterusan atau dah tak ada lagi.

“Sekarang ini masing-masing dah move on, cuma ada beberapa perkara kita tak boleh lupa… luka mungkin dah hilang cuma parut itu masih ada! Dendam tu dah tak ada tapi sejujurnya nak duduk semeja belum boleh lagi.

“Tak apa la masing-masing dah bawa haluan sendiri. Sekarang ini saya hanya fokus kerjaya, banyak benda yang saya perlu uruskan. Cinta? Saya masih belum fikirkan lagi buat masa ini,” katanya.

mstar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker