Pernah terlibat inkues kematian Teoh Beng Hock, Dr Porntip sertai proses bedah siasat kedua Tangmo Nida

Kes kematian pelakon terkenal Thailand iaitu Tangmo Nida nampaknya masih belum selesai malah satu panel khas juga ditubuhkan untuk menjalankan bedah siasat kali kedua ke atas mayat mendiang. Salah seorang ahli jawatankuasa itu ialah pakar patologi forensik terkenal Thailand iaitu Dr Porntip Rojanasunan.

Dr Porntip Rojanasunan bukan sahaja terlibat dalam bedah siasat Tangmo Nida malah pernah merungkai pelbagai kes berprofil tinggi di Thailand termasuklah pembunuhan Jenjira Ployangunsri pada tahun 1998.

Selain di Thailand, Dr Porntip yang kini berusia 68 tahun pernah bedah siasat inkues mendiang Teoh Beng Hock. Teoh Beng Hock merupakan pembantu politik exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Mazalam, Shah Alam sekitar tahun 2009 yang lalu. Bukan itu sahaja, pada tahun 2004, Dr Porntip turut terlibat dalam proses pengecaman mayat mangsa Tsunami Lautan Hindi.

Bagi kes Tangmo Nida, Dr Porntip ditugaskan sebagai pemerhati bedah siasat kedua. Difahamkan, pasukan perubatan dan individu yang terlibat dalam proses bedah siasat kali kedua juga telah membuat perbincangan terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa prosedur.

Mayat Tangmo Nida juga telah dipindahkan ke Institut Sains Forensik Pusat Kementerian Kehakiman. Sumber mengatakan bahawa proses bedah siasat kali kedua dilakukan hari ini pada jam 2 petang.

Keputusan lengkap bedah siasat dipercayai mengambil masa lebih kurang 30 hari untuk disiapkan.

Sementara dua rakan Tangmo iaitu Robert dan Por yang turut berada di dalam bot berkenaan dikatakan telah mentahbis atau menyucikan diri sebagai ‘Brahmin’ di pusat pengasingan diri Vimokesivarai Dhamma di daerah Suan Phung di Ratchaburi.

Obulan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker