Semua ini akan menjadi peluru menembak UMNO

“Semua ini akan menjadi peluru politik Pakatan Harapan menembak UMNO”

Timbalan Presiden UMNO, Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan mengingatkan perwakilan mengenai pentingnya untuk Pilihanraya Umum diadakan seberapa segera.

Beliau berkata demikian dihadapan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO semasa merasmikan Mesyuarat Agung UMNO sempena Persidangan Agung Umno di Dewan Merdeka World Trade Centre malam tadi.



Mohamad Hasan juga mengaitkan beberapa faktor global serta dalaman bagi menyokong kenyataannya untuk pembubaran Parlimen diadakan segera. 

Beliau juga memberi contoh disiplin tinggi yang diamalkan pengundi ketika beberapa PRK dan PRN yang diadakan sepanjang tempoh berlakunya pandemik covid19.



Suhu politik negara semakin panas selepas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan kemudiannya diikuti pula kerajaan Perikatan Nasional. Hanya selepas Umno mengambil alih tampuk jawatan Perdana Menteri menerusi persetujuan bersama barulah nampak sedikit demi sedikit berlaku peningkatan pentadbiran negara.

Buat masa sekarang UMNO atau BN tidak membentuk sebuah kerajaan yang kuat kerana kuasa  pentadbiran masih dikongsi bersama beberapa parti lain selain BN.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button