KWSP RM10,000: Mangsa banjir paling lega

SHAH ALAM – Mangsa banjir merupakan golongan yang paling lega apabila dapat melangsaikan hutang tertunggak menggunakan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000.

Menurut tinjauan Sinar Harian, rata-rata mangsa banjir yang terjejas teruk akan menggunakan wang tersebut bagi membayar jumlah keseluruhan kenderaan yang dibaiki, membaik pulih rumah dan juga dijadikan modal perniagaan.

Menurut mangsa, ini disebabkan masih terdapat bantuan yang dijanjikan kerajaan masih belum diterima sehingga mengambil keputusan untuk mengeluarkan KWSP.

Pekerja swasta, Musjaiman Ahmad Mustar, 37, berkata, pengeluaran RM10,000 tersebut hanya tertumpu kepada membaiki dua buah kereta dan satu motosikalnya yang rosak akibat ditenggelami air.

Jelasnya yang merupakan mangsa banjir di Taman Sri Muda di sini, hampir RM15,000 jumlah keseluruhan dan baki akan menggunakan wang simpanannya sendiri.

“Saya akan keluarkan KWSP ini. Memang saya tunggu pengumuman ini sebab saya mahu membayar kereta yang sekarang masih berada di bengkel sejak Disember lalu.

“Kereta lambat siap kerana saya beli barang alat ganti kenderaan tersebut sendiri. Ini lagi menjimatkan. Jadi, tidak terlalu banyak duit dikeluarkan. Saya hanya bayar bengkel sebab bantu berkaitan pemasangan.

“Ini belum lagi masuk dengan membaiki rumah. Jadi, saya terpaksa menggunakan wang simpanan sendiri untuk membaiki banyak benda,” katanya.

Sinar Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker