TMJ Kurniakan Ebit Lew RM200,000.00

Ebit Lew Terima Kurniaan TMJ Berserta Tajaan Umrah

Tunku Mahkota Johor hari ini berkenan mengurniakan Ustaz Ebit Lew wang sebanyak RM200,000.00 bagi menjalankan misi membantu orang susah.

Ebit diterima mengadap TMJ petang tadi di satu lokasi. Dalam pertemuan itu, TMJ berbincang mengenai usaha Ebit mendekati serta membantu orang susah serta bagaimana mahu membantu Umat Islam di seluruh negara.

Menerusi facebook rasmi Ebit Lew peribadi dan akhlak TMJ begitu mengagumkan.



Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ. Tunku berkenan menerima mengadap. Terharu Tunku memberi kata semangat dan mendoakan. Tuanku hadiahkan Rm200 ribu ringgit bagi misi saya. Tunku juga ingin Taja semua team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor.

Ya Allah TMJ sangat baik. Tunku kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2021/02/VID-20210205-WA0035.mp4[/KGVID]

Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan jer. Sedangkan saya cuma orang biasa. Dari awal lagi masa beri bantuan Tunku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ.

Ebit Lew

Ebit juga berjanji akan menyertai Baginda dalam siri Kembara Mahkota Johor pada masa akan datang. Beliau yang baru pulang dari Sabah, mencetus perdebatan netizen mengenai usahanya membina sebuah pusat pengajaran bagi ‘Gipsi’ Sabah.



Kesihatan, keselamatan dan masa depan lebih utama – TMJ

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker