All England: Kalahkan Momota, Zii Jia melangkah ke separuh akhir

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia semakin hampir mempertahankan gelaran Seluruh England miliknya selepas mengesahkan tiket ke separuh akhir, awal pagi tadi.

Pemain berusia 23 tahun itu mara selepas menumbangkan bintang sensasi Jepun, Kento Momota 21-7, 13-21, 21-11 dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham.

Tahun lalu, Zii Jia yang berada di ranking tujuh dunia turut menewaskan Momota di suku akhir dalam laluannya bergelar juara.

Pemain yang mendapat bimbingan jurulatih dari Indonesia itu akan berdepan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Lakshya Sen bagi perebutan tempat ke final, malam ini.



Pemain India itu mendapat kemenangan percuma di suku akhir selepas lawannya dari China, Lu Guang Zhu menarik diri.

Sementara itu, perjuangan beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing berakhir di suku akhir selepas terpaksa akur tewas di tangan pasangan nombor dua dunia, Zheng Siwei-Huang Yaqiong 15-21, 15-21.

Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker