KJ JADI DEEJAY, 'PRANK' LAWAK 2023?

Cari pengaruh baru politik

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Dari Sg Buloh ke radio, KJ akan tubuh parti baru?

 

Sebuah stesen radio swasta telah menawarkan bekas calon Parlimen Sg Buloh sebagai penyampai distesen berkenaan. KJ atau nama sebenar Khairy Jamaluddin difahamkan akan memulakan tugas di studio berkenaan minggu hadapan.

Bekas Menteri Kesihatan itu bersetuju dengan tawaran tersebut selepas menyindir dengan memeriksa jadual harian beliau.

Bagi pemerhati politik, apa yang dilakukan KJ sejurus menerima tawaran tersebut adalah bersifat populis semata dan kehadiran beliau di stesen berkenaan sebenarnya tidak memberi impak kepada politik.



Menilai KJ sepanjang kariernya dalam politik tanahair, beliau merupakan opportunis ibarat ‘buaya kelaparan’ yang menunggu mangsa.

Beliau bukanlah individu yang boleh mengikut arahan dari peringkat yang lebih tinggi.

Bayangkan kelak apabila bertugas sebagai penyampai radio, beliau perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam lesen yang diluluskan Kementerian Penerangan.

TUBUH PARTI BARU DALAM MASA TERDEKAT?

Dari Sg Buloh ke radio, KJ akan tubuh parti baru?

Ada juga spekulasi menyatakan, KJ kini cuba mencari pengaruh dikalangan penduduk ‘Bandar’ menerusi penampilannya di radio bagi membolehkannya menubuhkan sebuah parti politik baru.



Ini tidak mustahil boleh berlaku kerana KJ sangat memerlukan satu platform yang lebih segar dalam politik selepas beliau dipecat dari Umno kerana masalah disiplin dan melanggar Perlembagaan Parti.

Memandangkan tidak ada satupun parti politik yang menawarkan beliau tempat, maka tindakan drastik perlu dilakukan bagi memastikan namanya tidak dilupakan.

PENGUNDI ‘URBAN’ AKAN DAPAT LEBIH BANYAK PILIHAN PARTI POLITIK

Umpama ‘orang mengantuk disorongkan bantal’, peluang yang datang tidak harus disia-siakan KJ.

Inilah antara cara beliau mencari pengaruh di kalangan pengundi ‘urban’ yang mempunyai pandangan serta selera yang sama dengannya.

Tidak mustahil sekiranya beliau menubuhkan sebuah parti politik baru dimana beliau boleh membina acuan sendiri tanpa perlu terikat dengan pemimpin atasan.

Beliau boleh menjadi Presiden parti baru dan membuat peraturan sendiri mengikut kehendak dan seleranya tanpa sebarang tentangan.

Stesen radio berkenaan perlu bersedia dengan cara KJ yang sukar untuk terus menerapkan disiplin dalam penyampaian beliau kelak.

Ini kerana KJ merupakan seorang yang suka bercakap, mengkritik serta menyindir pihak yang dirasakannya sebagai penghalang cita-cita politiknya.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker