Zul Ariffin delete video babak panas selepas teruk dikecam netizen

Pelakon Zul Ariffin bertindak memadam video aksi panasnya bersama pelakon baharu, Siti Hariesa selepas lakonan mereka mendapat kritikan daripada netizen.

Video itu memperlihatkan aksi daring pasangan pelakon itu yang disifatkan netizen sebagai ‘softporn’ dan tidak sesuai untuk ditayangkan di kaca tv tempatan.

Mula berkongsikan video tersebut sekitar jam 9 malam semalam, tidak sampai tiga jam dimuat naik video berdurasi 15 saat itu pantas meraih lebih 1 juta tontonan beserta lebih 10,000 komen yang rata-ratanya mengecam adegan tersebut.



Babak aksi panas itu dipercayai merupakan antara adegan yang terdapat dalam drama bersiri terbaharu arahan Erma Fatima yang berjudul Perempuan Itu.

Ia dijangka ditayangkan sepanjang bulan Ramadan ini.

Selain Zul dan Siti Hariesa, drama itu turut dibintangi Mimi Lana dan Iqbal Zulkefli. – My-tv online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button