Protokol khas mengundi untuk pesakit COVID-19

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menyediakan satu protokol pengundian yang selamat membabitkan pemilih yang positif COVID-19 pada hari pengundian pada pilihan raya akan datang.

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata ia bagi membolehkan pengundi yang positif menjalankan tanggungjawab mereka pada pilihan raya.

Beliau berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa penularan COVID-19 akan kekal, justeru hak pengundi tidak sepatutnya dinafikan.



Katanya, apa yang berlaku membabitkan seorang pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lebih seminggu lalu mungkin boleh difahami kerana belum ada protokol selamat yang disiapkan.

“Tetapi saya katakan kepada pegawai saya, COVID-19 akan kekal. Kalau kita nafikan hak mereka untuk mengundi, bermakna kita terus menafikan hak untuk berpelembagaan.

“Jadi, kita sedang memikirkan apakah cara paling selamat untuk mereka mengundi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Tahunan Clinical Research Malaysia (CRM) 2021 dan pembentangan Laporan Projek Realisasi Fasa 1 (P1RP), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.



Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button